Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Gencatan senjata antara Israel dan HAMAS di Gaza telah memasuki hari ketiga dan hari ini dijangka pembebasan tawanan Israel dan tahanan Palestin akan berlaku sebelum Persidangan Keamanan Sharm el Sheikh di Mesir. 

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan tiba di Israel pada hari yang sama untuk berucap di Knesset sebelum persidangan itu.

“Anda tahu yang perang sudah tamat,” Trump kepada wartawan sebelum berangkat ke Israel dari Washington.

Berdasarkan rekod semasa, Israel akan membebaskan sekitar 250 tahanan Palestin dan 1,700 adalah dari Gaza. Perkhidmatan Penjara Israel memaklumkan telah memindahkan beberapa tahanan Palestin ke pusat-pusat lain menjelang pembebasan mereka. Bagaimanapun, tiada pemimpin HAMAS atau mana-mana faksi seperti Marwan al-Barghouti atau Ahmed Saadat tersenarai di dalam tahanan yang akan dibebaskan pada hari ini. 

Manakala HAMAS akan membebaskan 20 tawanan Israel yang masih hidup dan 28 tawanan yang sudah meninggal dunia. Di dalam persetujuan gencatan senjata, HAMAS diberi masa sehingga jam 5 petang (waktu Malaysia) pada Isnin untuk membebaskan para tawanan tersebut. Ia akan berlaku sebelum persidangan bermula. 

Sebagai rekod, seramai lebih 20 pemimpin negara akan menghadiri ke persidangan ini, termasuk Trump; Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas; dan beberapa pemimpin lain seperti Arab Saudi, Jordan, Jepun, Azerbaijan, India, Cyprus dan Jerman. Manakala United Kingdom (UK) dijangka akan mengendalikan persidangan ini bermula Isnin bagi membincangkan pemulihan dan pembangunan semula Gaza.  

Pun begitu, tiada wakil dari Israel dan HAMAS dijemput ke persidangan tersebut. 

Genap tiga hari gencatan senjata, penduduk Palestin yang pulang ke utara Gaza menzahirkan rasa gembira dan positiviti terhadap apa yang telah dicapai pada hari ini. Bagaimanapun, mereka juga meluahkan rasa tidak percaya dengan kehancuran Gaza yang disaksikan sepanjang perjalanan dari Dei al-Balah ke Bandar Gaza. 

Sumber: BBC, Reuters, The Times of Israel, AlJazeera

Written by
Admin
Published on
October 13, 2025