Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Seorang wanita Palestin yang berusia 59 tahun ditembak mati oleh tentera rejim Zionis semalam ketika sedang menuai buah zaitun di Tebing Barat utara.

Hospital Khusus Ibn Sina di Jenin mengumumkan kematian wanita itu akibat mengalami kecederaan yang parah.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata dalam satu kenyataan bahawa pasukannya di Jenin telah dipanggil untuk merawat seorang wanita berusia 59 tahun dari Faqqu'a yang telah ditembak di belakang, sambil menambah bahawa mereka cuba menyelamatkannya, tetapi  meninggal dunia sewaktu tiba di hospital.

Dua hari yang lepas juga, penduduk haram Israel telah melepaskan tembakan ke arah seorang peladang zaitun Palestin di bandar Kafr Al-Labad, di Tulkarm.

Menurut angka OCHA PBB yang dikeluarkan semalam, sejak awal Oktober 2024, sebanyak 51 serangan berkaitan penduduk haram Israel ke atas rakyat Palestin termasuk 32 serangan yang menyebabkan kematian, kerosakan harta benda atau kedua-duanya.

Kebanyakan insiden itu berlaku semasa musim menuai buah zaitun di mana penduduk haram Israel sering menyerang penduduk Palestin atau menghalang mereka daripada memasuki tanah mereka.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 18, 2024