Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Tentera Israel Lancarkan Siri Penahanan di seluruh Tebing Barat

Tentera rejim Israel telah menahan sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk seorang wartawan, dalam serbuan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dalam beberapa jam lepas, lapor agensi berita Wafa.

Tentera rejim menceroboh masuk ke bandar Abwein, utara Ramallah, dan menangkap empat orang, manakala lelaki kelima ditangkap dari bandar Silwad, timur Ramallah.

Tentera rejim turut menahan lima lagi lelaki di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil (Hebron), serta wartawan Hazem Nasser dari pinggir bandar Iktaba di bandar Tulkarem, lapor Wafa.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
July 26, 2024