Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Ketua HAMAS di luar negara, Khaled Mish'al:

Pemimpin gerakan HAMAS dan ketua Taufan al-Aqsa, as-syahid Abu Ibrahim Al-Sinwar telah kembali ke rahmatullah. Beliau hidup selama enam dekad, menjalani kehidupannya dengan penuh kebebasan dalam kalangan rakyatnya serta saudara-saudaranya dalam organisasi ini. Beliau juga bebas di sebalik tirai penjara, bebas sepanjang hidupnya dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan bebas, dengan penuh bangga. Allah SWT telah mengakhiri hidupnya dengan penamat yang agung. Kesyahidannya kini menjadi simbol kepada rakyat kami, seluruh umat hari ini dan semua pencinta kebebasan di seluruh dunia.


Pada saat kesyahidannya, Abu Ibrahim menjadi lambang bagi dunia, kebanggaan bagi setiap pencari kebebasan dan contoh teladan yang patut diikuti. Maha Suci Allah yang telah mengangkat namanya. Abu Ibrahim hidup dengan penuh perjuangan, keteguhan, pengorbanan dan keberanian. Beliau kembali kepada Tuhannya dengan penamat yang sesuai dengan kehidupannya, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: "Sesiapa yang hidup dengan sesuatu perkara, dia akan mati dalam keadaan itu."


Tahniah kepada Abu Ibrahim atas kesyahidannya. Beliau telah meninggalkan kehilangan yang besar kepada kami dari sudut fizikal. Namun, para syuhada memperoleh kemenangan di sisi Tuhan. Mereka juga menghidupkan semangat yang luar biasa dalam perjuangan mereka, kepada rakyat mereka, kepada umat, dan kepada kemanusiaan.

Wahai umat, wahai pemimpin umat, wahai pemerintah dan kerajaan serta para pemimpin, wahai para ulama dan pemimpin organisasi serta gerakan, ini adalah saat kebenaran. Taufan al-Aqsa ini bukan hanya perjuangan rakyat Palestin. Ia adalah serangan untuk Masjid Al-Aqsa dan Al-Aqsa adalah tempat suci kalian, kiblat pertama kalian, kebanggaan kalian dan warisan Nabi Muhammad SAW. Ia juga amanah yang ditinggalkan oleh Saidina Umar dan para penakluk serta orang-orang soleh selepasnya.

Wahai umat kami, jika kalian tidak segera memulakan perjuangan melawan musuh sedangkan mereka telah memulakan peperangan terhadap kalian, mereka tidak akan menerima apa-apa daripada kalian kecuali tunduk. Namun umat kita yang agung tidak akan menerima ketundukan dan kehinaan.

Kepimpinan HAMAS akan terus berusaha untuk menghentikan serangan zalim rejim Zionis ke atas Gaza dan menghentikan kezaliman serta pertumpahan darah yang telah berterusan sekian lama. Pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan di utara Gaza, di Jabalia, Kem Jabalia, di Beit Lahia dan daerah Beit Lahia, serta seluruh bumi yang diberkati ini.

Sumber: Telegram HAMAS

Written by
Admin
Published on
October 21, 2024