Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Sekumpulan aktivis pro-Palestin telah menunjukkan kemarahan dan memaksa booth yang dikendalikan oleh Elbit Systems, pengeluar senjata terbesar Israel untuk menutup booth mereka di Pameran Aeroangkasa Antarabangsa Jepun (JA2024) di Tokyo. Protes pro-Palestin yang dianjurkan di dalam dan di luar dewan pameran bertujuan untuk mengingatkan orang awam mengenai penglibatan Elbit Systems dalam membekalkan senjata dan dron yang digunakan dalam genosid besar-besaran di Gaza dan operasi ketenteraan di Tebing Barat.

Aktivis menyerbu gerai Elbit Systems, memegang papan tanda dan melaungkan seruan seperti "Shame On You, Elbit!" dan "Syarikat genosid mesti pergi!"

Disebabkan jumlah penunjuk perasaan semakin meningkat di luar pusat pameran itu, akhirnya Elbit Systems nekad menutup pameran sebelum waktunya.

Elbit Systems terkenal kerana menghasilkan dron tentera dan persenjataan canggih untuk pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Penunjuk perasaan menuduh syarikat itu mengaut keuntungan daripada penderitaan manusia dan menggunakan rakyat Palestin sebagai medan ujian untuk teknologi senjata mereka.

Pada Februari, Itochu Corporation, syarikat penerbangan Jepun telah menamatkan kerjasama strategik dengan Elbit Systems sebagai usaha untuk menyekat keganasan Israel ke atas penduduk Palestin. Sehingga kini, Elbit Systems belum lagi mengeluarkan maklum balas rasmi terhadap protes tersebut tetapi penutupan booth Elbit System menandakan kemenangan penting bagi aktivis yang terlibat.

Protes di Tokyo adalah sebahagian daripada gerakan global yang semakin meningkat menentang pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza. Penunjuk perasaan berikrar untuk meneruskan kempen mereka menentang perdagangan senjata dan keganasan yang berterusan di Gaza.

Sebelum ini, aktivis pro-Palestin di Jepun telah menunjukkan ketegasan dan keberanian mereka dalam menentang kehadiran Nas Daily dalam sebuah pertemuan di Tokyo. Rata-rata menggelar Nas Daily sebagai 'mesin propaganda Israel'.

Sumber: The-14, Middle East Eye, ReutersVideo: X @Akimoto

Written by
Admin
Published on
October 21, 2024