Parlimen Sepanyol meluluskan satu undang-undang pada Rabu, melarang sepenuhnya eksport dan import senjata antara Sepanyol dan negara penjajah Israel. Langkah ini disokong Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez bertujuan membantu menghentikan genosid di Gaza.
Undang-undang tersebut diluluskan dengan 178 undi menyokong, manakala 169 ahli parlimen lain mengambil keputusan untuk berkecuali sehingga sesi pagi. Sánchez menyatakan bahawa larangan perdagangan senjata ini sebenarnya telah dikuatkuasakan sejak Oktober 2023 dan diumumkan secara rasmi pada 8 September 2024.
Undang-undang baharu itu memperkenalkan beberapa desakan bagi menyokong rakyat Palestin. Antaranya melarang eksport sebarang peralatan ketenteraan, barangan, mahupun teknologi yang boleh digunakan oleh Israel bagi tujuan peperangan. Larangan mengimport bahan atau peralatan tentera dari Israel ke Sepanyol, melarang transit penghantaran bahan api jet yang boleh digunakan dalam operasi ketenteraan dan larangan mempromosi produk yang berasal dari penempatan haram di Gaza dan Tebing Barat.
Namun, undang-undang itu memberi kuasa kepada Majlis Menteri-Menteri Sepanyol untuk membuat pengecualian khas sekiranya pelaksanaan larangan tersebut boleh memberi kesan serius terhadap kepentingan nasional Sepanyol.
Sumber: Quds News Network