Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Sanders Gelar Netanyahu Sebagai Penjenayah Perang

Senator AS Bernie Sanders telah menggelar Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang dan pembohong berikutan ucapan Perdana Menteri Israel itu dalam sesi bersama Kongres AS di mana ucapannya berkenaan wawasannya untuk Gaza dan masa depan kemakmuran, keselamatan dan keamanan.

"Semua organisasi kemanusiaan bersetuju: Puluhan ribu kanak-kanak menghadapi kebuluran disebabkan kerajaan ekstremisnya (Israel) terus menyekat bantuan," tulis Sanders di X.

Sanders, yang memboikot ucapan itu bersama beberapa senator demokrat berprofil tinggi lain, menuduh Netanyahu hadir ke kongres semata untuk berkempen setelah popularitinya yang dilihat semakin jatuh merundum di kalangan rakyat haram Israel.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
July 25, 2024