Latest News

Stay updated with the latest developments and news

RINGKASAN PERKEMBANGAN TERKINI: Setakat 16 April 2025 | 8 pagi

  • Serangan udara Israel di seluruh Gaza telah meragut 23 nyawa rakyat Palestin sejak awal pagi Selasa. Sekatan penuh yang telah berlanjutan lebih tujuh minggu terus menyebabkan kebuluran di semenanjung Gaza.
  • PM negara haram Israel, Benjamin Netanyahu bersama menteri pertahanan dan ketua angkatan tenteranya, telah melawat utara Gaza yang dikepung dan berikrar bahawa HAMAS akan menerima “tamparan demi tamparan”.
  • HAMAS memaklumkan bahawa mereka telah terputus hubungan dengan pasukan yang mengawal tawanan AS-Israel, Edan Alexander, selepas lokasi mereka diserang oleh Israel.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa 71 orang awam, termasuk 14 wanita dan 9 kanak-kanak, telah terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan sejak gencatan senjata dengan Hizbullah dipersetujui pada bulan November.
  • Maldives mengumumkan larangan kemasukan semua warganegara Israel ke kepulauan pelancongan mewah itu, satu keputusan yang disambut oleh HAMAS sebagai “langkah berani”.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
April 16, 2025