Latest News

Stay updated with the latest developments and news

PERKEMBANGAN TERKINI | Setakat jam 8 pagi, 14 April 2025

  1. Rejim Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 37 orang dalam serangan di seluruh Gaza pada Ahad, termasuk enam beradik yang menaiki kenderaan badan kebajikan ketika mereka sedang menghantar makanan yang amat diperlukan kepada rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
  2. Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan bahawa salah seorang anggota paramedik mereka yang hilang dalam serangan Israel,  membunuh 15 pekerja kecemasan kini berada dalam tahanan Israel.
  3. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mengesahkan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat gangguan rawatan perubatan selepas tentera Israel mengebom Hospital al-Ahli al-Ma'madani di Bandar Gaza, memaksa ratusan pesakit dan mangsa yang cedera melarikan diri.
  4. Kecaman global semakin meningkat terhadap serangan Israel yang memusnahkan bilik kecemasan, makmal, mesin sinar-X kecemasan, dan farmasi hospital al-Ahli.
  5. Dalam perkembangan berkaitan, tentera Amerika Syarikat meneruskan pengeboman ke atas Yaman, membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan 13 yang lain dalam satu serangan ke atas sebuah kilang berhampiran ibu negara, Sana'a, menurut laporan media.
  6. Sementara itu, kumpulan Houthi Yaman mengaku telah menembak dua peluru berpandu balistik ke arah Israel, menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion.

Sumber: AlJazeera

Written by
Admin
Published on
April 14, 2025