Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Seorang gadis berkelahiran Palestin yang berusia 16 tahun telah ditembak mati oleh penembak tepat rejim Zionis ketika dia menjenguk ke luar tingkap rumahnya di Jenin, lapor Reuters.

Susulan dari insiden tersebut, rejim Zionis berkata mereka sedang meneliti laporan kematian Lujain Osama Musleh.

Operasi besar-besaran di Jenin berlaku pada hari Selasa lepas di beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat, melibatkan ratusan askar dan jentera berperisai.

Menurut Osama Musleh, rejim Zionis telah mengepung rumah jirannya sebelum anak perempuannya ditembak tepat pada dahi selepas membuka tirai untuk melihat ke luar.

"Dia langsung tidak pergi ke bumbung, dia tidak membaling batu dan tidak membawa senjata," katanya.

“Dia berumur 16 tahun. Satu-satunya perkara yang dia telah lakukan hanyalah melihat situasi dari tingkap dan rejim Zionis ternampak gelagatnya dan melepaskan tembakan. Satu peluru yang disasarkan pada dahinya membawa maut.”

Lebih 30 rakyat Palestin telah dibunuh dan berpuluh-puluh rakyat Palestin telah ditangkap semasa operasi besar-besaran di Tebing Barat dilancarkan sejak seminggu lalu. Difahamkan operasi tersebut bertujuan untuk menggagalkan usaha pasukan pejuang Palestin.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
September 5, 2024