Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Walid Khaled Abdullah Ahmed dilaporkan syahid di Penjara Megiddo, Israel pada Sabtu. Kematiannya disahkan oleh Pentadbiran Awam Israel pada Isnin kepada Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan; serta Kelab Banduan Palestin.

Ahmed yang berasal dari Bandar Silwad, Tebing Barat telah dipenjarakan rejim Israel sejak September 2024. Punca kesyahidannya masih belum diketahui ekoran pihak Israel tidak memberi penjelasan lanjut.

Penjara Megiddo terkenal dengan penjara yang kejam untuk tahanan Palestin. Tahanan di penjara ini biasanya dihukum dengan kejutan elektrik, serangan anjing dan pukulan yang teruk. Ada diantara mereka dibiarkan tidak berpakaian, diikat kaki dan tangan selama beberapa hari dan tidak diberikan makanan serta selimut. Disebabkan itu, beberapa tahanan perlu mendapatkan rawatan kerana kekejaman yang tidak masuk akal.

Ahmed merupakan tahanan keselamatan atau security detainee di penjara tersebut. Tahanan keselamatan sinonim dengan kesalahan seperti membaling batu kerana disyaki terlibat dalam gerakan protes.

Kesyahidan Ahmed di Penjara Megiddo menggenapkan angka kesyahidan para tahanan di penjara itu kepada 33 orang sejak perang 7 Oktober. Dalam tempoh yang sama juga, Israel masih menahan 72 jenazah Palestin. Jumlah kesyahidan tahanan yang syahid di dalam penjara Israel sejak 1967 kini meningkat kepada 300 orang. Bagaimanapun, insiden Ahmed ini merupakan rekod pertama tahanan bawah umur maut di dalam penjara Israel.

Pada hari ini, seramai 10,000 orang tahanan Palestin di penjara Israel, teridiri daripada lebih 20 orang wanita dan lebih 350 daripadanya adalah mereka di bawah umur. Israel melihat golongan kanak-kanak dan remaja Palestin sebagai satu ancaman, maka tidak hairanlah jika kesalahan membaling batu boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.

Sumber: Al Jazeera, MEE

Written by
Admin
Published on
March 25, 2025