Latest News

Stay updated with the latest developments and news

"Jika kalian membaca ini, itu bermakna aku telah terbunuh — kemungkinan besar menjadi sasaran tentera Israel penjajah. Ketika semua ini bermula, aku baru berusia 21 tahun, seorang mahasiswa dengan impian seperti orang lain.

Sepanjang 18 bulan terakhir, aku mencurahkan seluruh hidupku untuk bangsaku. Aku mendokumentasikan setiap detik kengerian di utara Gaza, bertekad menunjukkan kepada dunia kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Aku tidur di kaki lima, di sekolah-sekolah, dan di khemah-khemah — di mana sahaja yang memungkinkan. Setiap hari adalah perjuangan untuk terus hidup. Aku menahan lapar selama berbulan-bulan, namun aku tidak pernah meninggalkan bangsaku.

Demi Allah, aku telah menunaikan tugasku sebagai seorang wartawan. Aku mempertaruhkan segalanya demi menyampaikan kebenaran, dan kini akhirnya aku beroleh ketenangan — sesuatu yang tidak pernah aku rasai sepanjang 18 bulan terakhir. Aku lakukan semua ini kerana keyakinanku terhadap perjuangan Palestin. Aku percaya bahawa tanah ini milik kami, dan penghormatan terbesar dalam hidupku adalah mati mempertahankannya serta berkhidmat untuk penduduknya.

Kini, aku meminta kalian:

Jangan berhenti berbicara tentang Gaza. Jangan biarkan dunia memalingkan wajahnya. Teruskan perjuangan kalian, teruskan menyampaikan kisah kami—sehingga Palestin merdeka.

– Untuk kali terakhir, Hussam Shabat, dari Utara Gaza."

Sumber: Shehab Agency

Written by
Admin
Published on
March 26, 2025