PERKEMBANGAN TERKINI | Sehingga jam 8 pagi, 28 April 2025
1. Rejim Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 50 orang di Gaza, termasuk beberapa orang yang berlindung di dalam khemah di kawasan yang didakwa Zionis sebagai 'zon selamat' al-Mawasi.
2. Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menyeru tekanan antarabangsa bagi menghentikan serangan Israel selepas tentera Israel mengebom sebuah kemudahan yang didakwa sebagai stor peluru berpandu HIzbullah di ibu negara Lubnan, Beirut.
3. Seorang ahli parlimen blok parlimen Hizbullah, Ibrahim Mousawi menolak dakwaan Israel tersebut, sambil menyatakan bahawa serangan dan amaran yang mendahuluinya bertujuan untuk menakutkan rakyat Lubnan.
4. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sekali lagi menolak idea penubuhan sebuah negara Palestin sebagai jalan mencapai keamanan, dengan menyifatkan cadangan tersebut sebagai 'satu kebodohan'.
5. Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, menyatakan bahawa terdapat sedikit kemajuan dalam rundingan yang bertujuan mencapai gencatan senjata baharu di Gaza.
6. Tentera Amerika Syarikat terus mengebom Yaman, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam serangan udara ke atas tiga buah rumah di ibu negara, Sanaa.Sumber: Al Jazeera