Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Menteri Luar Negeri Turkiye, Hakan Fidan memberi amaran terhadap potensi berlakunya perang di antara Israel dan Iran ketika krisis serantau semakin memburuk.

Susulan daripada itu, Fidan menggesa penduduk Turkiye untuk bersiap sedia walaupun Ankara tidak mengharapkan perang itu merebak ke seluruh rantau itu.

Kita perlu bersedia sebagai sebuah negara dan wilayah.

Turkiye juga merupakan antara negara yang telah memainkan peranan penting untuk menamatkan konflik yang memburuk di Timur Tengah sejak dua dekad lalu.

Namun, di dalam konflik terbaharu Israel-Iran, Fidan menegaskan Iran berhak untuk mempertahankan diri dalam menghadapi serangan.

Bercakap mengenai kesyahidan Ketua Biro Politik HAMAS, Yahya Sinwar, Fidan menyeru orang ramai menunggu kenyataan rasmi daripada HAMAS.

Diplomat tertinggi Turkiye itu juga memaklumkan bahawa Ankara telah meramalkan tindakan Israel yang cuba memusnahkan HAMAS, Hizbullah dan Houthi.

Disebabkan itu, serangan Israel ke atas Lubnan bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Sebelum ini, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah memberi amaran bahawa impak serangan Israel di Lubnan tidak akan sama seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Erdogan di dalam majlis pembukaan semula parlimen pada 1 Oktober 2024 juga tidak teragak-agak memberitahu bahawa Israel akan lebih agresif selepas ini.

Dengan dorongan khayalan 'tanah yang dijanjikan, selepas Palestin dan Lubnan, Israel akan mara ke Turkiye.

Sumber: Daily Sabah, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
October 18, 2024