Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Peguam Negara Israel, Gali Baharav-Miara mengutarakan pandangannya kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memecat Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir atas kesalahan melanggar undang-undang.

Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara percaya Ben-Gvir telah melanggar undang-undang dalam peranannya mengawasi polis. Pada Mac 2023, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah ke atas Ben-Gvir untuk tidak mengeluarkan arahan operasi kepada pasukan polis berhubung protes anti-kerajaan. Mahkamah Tinggi kemudian mengeluarkan injungsi selanjutnya pada Januari 2024.

Baharav-Miara dijangka akan mengemukakan bukti kesalahan Ben-Gvir di hadapan Netanyahu berdasarkan dakwaan yang dikemukakan. Jika disabitkan kesalahan, jawatan Ben-Gvir akan terlucut serta-merta.

Baharav-Miara juga akan mengeluarkan amaran terakhir kepada Netanyahu bahawa Ben-Gvir mesti mengubah tingkah lakunya untuk mengelakkan keputusan mahkamah menjejaskan kabinet semasa.

Bagaimanapun, Ben-Gvir menuduh Baharav-Miara, bersama media Israel, Saluran 13 berniat mahu menjatuhkan pentadbiran Netanyahu. Dakwaannya disokong oleh Menteri Kerjasama Serantau, David Amsalem dengan menambah satu-satunya cara untuk mendiamkan Baharav-Miara adalah dengan melucutkan jawatan Peguam Negara.

Dalam respons terkini, Netanyahu memberi jaminan bahawa Ben-Gvir tidak akan dipecat. Namun, Ketua Pembangkang, Yair Lapid yakin Ben-Gvir sangat bahaya kepada rakyat Israel.

"Apa-apa pun, keputusan itu adalah keputusan Mahkamah Tinggi. Dan, jika itu keputusannya, maka ia perlu dipatuhi kerana itu adalah undang-undang. Saya tidak yakin bahawa kerajaan akan ingkar kerana itu sudah melampaui batas dan kesudahannya, kita tahu Israel adalah sebuah negara demokrasi," ujar Lapid.

Sumber: MEMO, The Times of Israel

Written by
Admin
Published on
November 12, 2024