Latest News

More updates on Instagram: cintagazamalaysia

12 menyokong; satu menentang; dan dua berkecuali, Majlis PBB memutuskan untuk menolak draf resolusi yang mengesyorkan Perhimpunan Agung untuk mengadakan undian terhadap permohonan Palestin sebagai anggota penuh PBB.

12 anggota yang menyokong: Algeria, Mozambique, Sierra Leone, Guyana, Ecuador, Russia, China, France, Slovenia, Malta, Japan, Republic of Korea.
1 yang menentang: Amerika Syarikat (AS).
2 yang berkecuali: United Kingdom (UK), Switzerland.

Bagi meluluskan sesuatu draf resolusi, Majlis Keselamatan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 9 ahli yang menyokong dan tiada ahli tetap - China, Perancis, Rusia, UK, AS - menggunakan kuasa veto mereka untuk menolak.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah mengusulkan Setiausaha Agung PBB untuk mempertimbangkan semula permohonannya sebagai ahli tetap PBB pada 2 April 2024. Permohonan itu bukanlah permohonan yang baharu kerana ia tertangguh sejak permohonan pertama pada tahun 2011.

Susulan daripada itu, Palestin telah menjadi Pemerhati Tetap di PBB bermula tahun 2012.

Ini menjadikan penantian PA selama 13 tahun berakhir dengan duka dan ketidakadilan dalam sistem undi Majlis Keselamatan PBB.

Sumber: UN News dan X Ambassador Majed Bamya

Written by
Admin
Published on
April 19, 2024