Gerakan Perjuangan Islam HAMAS menegaskan bahawa kepimpinan gerakan sedang meneliti dengan penuh sifat tanggungjawab dan semangat patriotik cadangan yang telah diterima daripada para perantara. Gerakan akan memberikan maklum balas terhadap cadangan tersebut dalam masa terdekat, sebaik sahaja rundingan yang diperlukan selesai dijalankan.
HAMAS sekali lagi menegaskan pendirian teguhnya bahawa sebarang perjanjian yang bakal dimeterai mestilah merangkumi:
⚫ Gencatan senjata secara menyeluruh dan berkekalan.
⚫ Pengunduran penuh pasukan penjajah dari semenanjung Gaza
⚫ Mencapai satu perjanjian pertukaran tahanan yang sebenar.
⚫ Memulakan proses yang serius bagi membina semula segala kemusnahan yang dilakukan oleh penjajah.
⚫ Menamatkan sekatan zalim yang dikenakan ke atas rakyat kami di semenanjung Gaza.
Gerakan Perjuangan Islam – HAMAS
Isnin, 16 Syawal 1446H
Bersamaan 14 April 2025