Latest News

More updates on Instagram: cintagazamalaysia

"Israel sendiri yang akan memutuskan bagaimana untuk mereka mempertahankan diri." - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika negara-negara Barat merayu untuk tindak bertindak balas terhadap serangan Iran pada hujung minggu lalu.

Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan kumpulan perindustrian dari negara G7 telah mengeluarkan pertimbangan untuk  melaksanakan sekatan ketat ke atas Iran dengan tujuan untuk mengekang Israel daripada bertindak balas menyerang Iran.

Netanyahu telah bertemu dengan menteri luar Jerman dan Britain ketika kedua-duanya membuat kunjungan untuk menyelaraskan usaha mengekalkan konfrontasi antara Israel dan Iran daripada peningkatan konflik serantau yang didorong oleh perang Gaza.

Netanyahu meluahkan penghargaannya kepada David Cameron dan Annalena Baerbock atas sokongan mereka dengan memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat keputusan sendiri dan menegaskan bahawa negaranya akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.

Sumber: Middle East Monitor, Reuters

Written by
Admin
Published on
April 18, 2024