“Saya mesti menang atau anda akan menghadapi masalah yang kami tidak pernah alami. Kita mungkin tiada negara lagi.”
Dalam perhimpunan kempen di Wisconsin, calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah berikrar bahawa jika dia tidak memenangi pilihan raya akan datang, Israel akan gagal.
“Jika saya tidak memenangi pilihan raya ini, Israel, bersama rakan seperjuangan Kamala Harris menerajui Amerika Syarikat, akan ditimpa malang."
Trump juga menjelaskan bahawa tidak mustahil Israel akan lenyap.
“Satu tahun, dua tahun. Israel tidak akan wujud lagi.”
Beliau mengaku bahawa kehilangan negara Israel adalah kenyataan yang sukar dan beliau nekad akan mengakhiri kekacauan di Timur Tengah dan mencegah Perang Dunia Ketiga (WWIII) dengan mendakwa dirinya sebagai satu-satunya individu yang boleh membawa keamanan.
Sumber: The Palestine Chronicles