Israel telah menghantar trak yang dipenuhi dengan mayat syuhada yang reput ke Gaza dan enggan dikebumikan oleh Kementerian Kesihatan Gaza. Pihak Israel tidak mendedahkan butiran mengenai mayat syuhada yang dibunuh.
Iyad Qadeeh, seorang pegawai media di Kementerian Kesihatan Gaza, berkata bahawa kejadian ini bukan kali pertama berlaku tetapi sudah lima kali pihak Kementerian Kesihatan Gaza menerima trak muatan mayat yang tidak dikenali.
Sumber dari Hospital Nasser memberitahu bahawa pemandu trak yang tiba di pusat pemeriksaan Karem Abu Salem telah dilarang memasuki hospital dan diarahkan untuk kembali ke tempat asalnya.
Sejak serangan 7 Oktober, tentera rejim Zionis telah mengembalikan ratusan mayat ke Gaza dalam keadaan najis, banyak yang reput dan tidak dapat dikenal pasti.
Tentera Israel telah berulang kali menggali kubur di seluruh Semenanjung Gaza dengan alasan untuk mencari mayat tawanan Israel.
Pada 2 Ogos yang lepas, sebuah trak yang membawa 90 mayat syuhada tiba di Gaza. Kementerian Kesihatan Gaza berkata mayat-mayat syuhada itu dikembalikan dalam keadaan tulang dan mayat telah reput dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Hanya dua keluarga sahaja yang dapat mengenal pasti mayat anak-anak mereka.
Sumber: Middle East Eye