Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Tentera Zionis telah menggunakan robot jerangkap samar (booby-trapped robots) yang dilengkapi dengan banyak bahan letupan untuk melakukan jenayah pemusnahan dan pembunuhan besar-besaran, termasuk genosid, pembunuhan sengaja, kebuluran dan pemindahan paksa secara meluas di utara Gaza.

Laporan yang diterbitkan Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean di Geneva mendedahkan beberapa testimoni mengenai penggunaan robot jerangkap samar oleh tentera rejim Zionis yang diletupkan dari jauh sehingga menyebabkan beberapa buah rumah dan kediaman di sekelilingnya mengalami kerosakan besar. Pada masa yang sama, angka kematian juga direkodkan tinggi.

Penggunaan robot jerangkap samar oleh rejim Zionis adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa kerana ia adalah senjata yang dianggap tiada kompromi terhadap sasarannya dan secara langsung menyerang orang awam, pasukan tentera atau harta benda awam.

Sumber: The Palestine Chronicles

Written by
Admin
Published on
October 15, 2024