Ketenteraan Israel telah meluluskan pelan pengunduran tentera dari Semenanjung Gaza susulan daripada perkembangan terbaharu rundingan pertukaran tawanan di antara Israel-HAMAS.
Persetujuan tersebut turut melibatkan pengunduran tentera Israel dari Koridor Netzarim yang membahagikan Gaza kepada dua bahagian.
Media Israel, Yedioth Ahronoth turut melaporkan sebanyak 90% perjanjian pertukaran tawanan antara Israel-HAMAS telah dimuktamadkan.
Fasa pertama rundingan gencatan senjata menunjukkan perkembangan positif dengan sekurang-kurangnya 1,200 tahanan Palestin di penjara Israel dijangka akan dibebaskan.
Menurut Ketua Kementerian Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan Palestin, Qadura Fares, tahanan yang berpotensi untuk dibebaskan itu turut melibatkan golongan wanita, kanak-kanak dan 200 tahanan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: MEMO, MEE, Anadolu Ajansi