Dalam perkembangan terkini, Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu bahawa Israel enggan menyelaraskan kemasukan pasukan perubatan untuk vaksinasi wabak polio di kawasan timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Kementerian tersebut merayu kepada semua institusi berkaitan untuk campur tangan segara bagi memastikan kejayaan kempen vaksinasi polio kepada semua kanak-kanak di mana mereka berada.
Terutamanya di kawasan timur Khan Younis yang merangkumi sejumlah besar kumpulan kanak-kanak.Sebagai rekod, fasa pertama kempen vaksinasi polio telah bermula pada Ahad dengan seramai lebih 189,000 kanak-kanak telah diberi vaksin. Manakala sejak semalam, kempen itu telah memasuki fasa kedua di selatan Gaza bermula semalam.
"Kempen ini menyasarkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dan vaksin ini mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka," maklum Dr Abdul Hadi Seyam melalui temubual bersama Anadolu Ajansi.
Pasukan perubatan Gaza sedang berusaha dengan semua keupayaan mereka untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin kanak-kanak di kawasan yang dikepung rejim Zionis itu.
Sumber: The Palestine Chronicles, UNRWA