Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Israel akan mengambil lebih banyak wilayah di semenanjung Gaza, terus melancarkan perang sehingga HAMAS dapat dihapuskan dan jika mereka enggan membebaskan saki baki tawanan Israel, kata Menteri Pertahanan Israel Israel Katz pada Selasa.

Katz menyuarakan kenyataan ini ketika pengantara sedang berusaha untuk menyelamatkan perjanjian gencatan senjata Gaza yang dikhianati Israel pada 18 Mac 2025.

Israel dilaporkan enggan beralih ke fasa kedua perjanjian gencatan senjata dan berkeras melanjutkan fasa pertama. Fasa kedua, seperti yang dipersetujui oleh HAMAS pada awal tahun ini, tentera Israel perlu meninggalkan Gaza dan menamatkan pertempuran. Pada masa yang sama, semua tahanan Palestin perlu dipulangkan. HAMAS berkeras untuk berpegang kepada perjanjian tiga fasa, tetapi Israel menolak.

Tentera Israel berkata pada minggu lalu bahawa tenteranya telah memulakan operasi darat yang tertumpu di tengah dan selatan Gaza. Mereka juga memaklumkan telah membunuh ratusan rakyat Palestin dalam beberapa hari.

Sumber: MEMO, Reuters

Written by
Admin
Published on
March 26, 2025