Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Israel mengumumkan bahawa mereka telah bersedia untuk menerima pakej bantuan ketenteraan daripada AS berjumlah $8.7 bilion, lapor Agensi Anadolu.

Pakej itu bertepatan dengan hari keempat berturut-turut serangan Israel terhadap Lubnan yang disifatkan serangan yang terbesar sejak perang 2006 di Lubnan.

"Ketua Pengarah Kementerian Pertahanan Israel, Mejar Jeneral Eyal Zamir telah memuktamadkan rundingan di Washington untuk pakej bantuan AS yang besar berjumlah $8.7 bilion untuk menyokong usaha ketenteraan Israel yang sedang berjalan," kata Kementerian Pertahanan Israel dalam satu kenyataan.

“Pakej itu terdiri daripada $3.5 bilion untuk perolehan penting semasa perang yang telah dipindahkan ke IMoD (Kementerian Pertahanan Israel) dan $5.2 bilion diperuntukkan untuk sistem pertahanan udara termasuk Iron Dome, David’s Sling dan sistem laser canggih."

Israel memiliki beberapa sistem pemintasan peluru berpandu termasuk David's Sling, Arrow dan Iron Dome. Dana dan peralatan yang disebutkan itu dijangka akan dihantar tidak lama lagi.

Walaupun tinjauan pendapat menunjukkan lebih separuh rakyat Amerika percaya bantuan ketenteraan kepada Israel harus dihadkan, Washington tetap terus memberikan bantuan ketenteraan yang signifikan kepada Tel Aviv.

Israel telah menyerang Lubnan sejak hari Isnin yang telah membunuh lebih 700 mangsa dan mencederakan lebih 2,500 yang lain, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Lubnan.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
September 27, 2024