Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Imam Besar Universiti Al-Azhar Mesir, Sheikh Ahmed Al-Tayeb mengkritik kuasa dunia atas sikap berdiam diri dan kemunafikan mereka terhadap jenayah Israel di Lubnan dan Semenanjung Gaza yang telah meragut nyawa puluhan ribu orang awam. Sheikh Ahmed Al-Tayeb juga menyifatkan kemunafikan mereka sebagai "skizofrenia politik".

Kritikan beliau dilontarkan di dalam sebuah pertemuan di antara Presiden Fellowship of Middle East Evangelical Churches, Reverend Andre Zaki dengan delegasi dari Majlis Gereja Afrika Selatan dan gereja-gereja Amerika.

Al-Tayeb berkata ciri paling menonjol dari kalangan "skizofrenia politik" ini adalah kemunafikan global yang kononnya menuntut pencerobohan rejim Zionis ke atas Gaza ditamatkan tetapi pada masa yang sama terus memberi dana ketenteraan kepada Israel.

Beliau menegaskan bahawa mereka yang munafik itu telah kehilangan kompas moral dan etika mereka.Dunia moden kini cuba mengenepikan agama dan menjauhkannya daripada kehidupan seharian. Sebaliknya menyalahkan dunia Arab dan Islam kerana tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran kontemporari ini dengan kesibukan perselisihan mazhab.

“Jika rakyat Palestin dan Lubnan memiliki satu peratus apa yang dimiliki oleh entiti Zionis dari segi senjata dan peralatan, penjajah ini tidak akan berani berurusan dengan mereka dengan cara yang tidak berperikemanusiaan ini!" ucapnya tegas.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 16, 2024