Tentera penjajah Zionis telah mengeluarkan amaran kepada penduduk di sebelah sempadan 'Israel' berdekatan Gaza, memaklumkan bahawa mereka bakal mendengar letupan-letupan besar.
Beberapa jam selepas amaran tersebut, kami dikejutkan dengan satu letupan besar yang menyasarkan Hospital al-Ahli al-Ma'madani.
Dua serangan telah memusnahkan sepenuhnya stesen oksigen, jabatan pembedahan, dan jabatan kecemasan hospital tersebut.
Pesakit dan kakitangan perubatan di dalam hospital hanya diberi tempoh singkat untuk berpindah.
Ia merupakan satu situasi yang sukar untuk difahami, seperti yang dirasai oleh semua orang.
Pesakit yang bergantung kepada tiub dan peralatan perubatan terpaksa dipindahkan secara tergesa-gesa, mengakibatkan tragedi di luar hospital.
Seorang kanak-kanak telah dicabut dari alat perubatan dan dibawa keluar dari hospital, lalu meninggal dunia akibat kesejukan malam.
Sumber: Al Jazeera