Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Sumber terkemuka di HAMAS memberitahu Al-Jazeera pada hari Jumaat bahawa gerakan itu tidak menerima sebarang tawaran baharu untuk gencatan senjata. Beliau menambah bahawa HAMAS telah bersetuju dengan cadangan terakhir yang diterima daripada pengantara dan telah mengumumkannya dengan jelas sebelum perayaan Aidilfitri. Sejak itu, tiada cadangan baharu dibentangkan kepada HAMAS.

Sumber HAMAS menjelaskan bahawa gerakan itu tetap terbuka kepada sebarang cadangan baharu yang akan mencapai gencatan senjata, pengunduran tentera Israel dan menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

KENYATAAN MEDIA HAMAS

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Peningkatan desakan dari dalam entiti penjajah agar perang dihentikan dan tawanan dibebaskan membuktikan bahawa Netanyahu bertanggungjawab ke atas perang yang berlarutan serta penderitaan tawanan mereka dan rakyat kami.

Darah kanak-kanak Gaza dan para tawanan Zionis adalah korban kepada cita-cita Netanyahu untuk terus kekal berkuasa dan melarikan diri daripada pendakwaan.

Persamaan ini sangat jelas: Pembebasan tawanan sebagai pertukaran kepada perang dihentikan, dunia menerimanya, namun Netanyahu menolak.

Setiap hari yang berlalu tanpa penyelesaian bermakna lebih ramai orang awam tidak bersenjata dari kalangan rakyat kami akan terbunuh, dan nasib tawanan Zionis akan berterusan tidak menentu.

Gerakan Perjuangan Islam – HAMAS

Sumber: The Palestine Chronicles, HAMAS

Written by
Admin
Published on
April 13, 2025