Latest News

More updates on Instagram: cintagazamalaysia

Seorang pegawai politik tertinggi Hamas, Khalil al-Hayya memberitahu pihaknya bersedia untuk gencatan senjata selama lima tahun atau lebih dengan Israel.

Jelasnya, Hamas akan meletakkan senjata dan menjadi parti politik jika penubuhan negara Palestin yang merdeka benar-benar dilaksanakan.

Penjelasan terkini Khalil al-Hayya dalam sebuah wawancara di tengah kebuntuan rundingan untuk gencatan senjata di Gaza mendapat perhatian. Idea Hamas untuk melucutkan senjata nampaknya merupakan keputusan penting oleh kumpulan pejuang mujahidin Islam yang jelas komited untuk memusnahkan Israel.

Namun, mustahil untuk Israel mempertimbangkan senario itu. Manakan tidak, mereka telah berikrar untuk menumpaskan Hamas berikutan serangan maut pada 7 Oktober yang mencetuskan perang.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Israel dengan tegas menentang penubuhan negara Palestin di tanah yang dijajah rejim Zionis.

Al-Hayya merupakan seorang pegawai tinggi Hamas yang telah mewakili pasukan mujahidin Palestin dalam rundingan gencatan senjata dan pertukaran tahanan.

Al-Hayya berkata Hamas mahu menyertai Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Fatah untuk membentuk kerajaan bersatu untuk Gaza dan Tebing Barat.

Beliau yakin Hamas akan menyaksikan negara Palestin yang berdaulat sepenuhnya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan pemulangan pelarian Palestin mengikut resolusi antarabangsa.

Jika senario itu benar-benar berlaku, Briged al Qassam akan dibubarkan.

Sumber: AP News

Written by
Admin
Published on
April 26, 2024