Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Sekitar jam 3 hingga 4 pagi waktu Malaysia, penduduk Gaza yang berlindung di kawasan al-Mawasi yang sebelum ini didakwa oleh rejim Zionis sebagai ‘zon selamat’ telah menjadi sasaran serangan kejam penjajah. Serangan udara yang dilancarkan telah mencetuskan kebakaran besar, membakar khemah-khemah yang menempatkan ratusan pelarian yang kehilangan tempat tinggal.

Tragedi ini menyaksikan ramai kanak-kanak dibakar hidup-hidup, manakala jenazah yang dibawa ke hospital masih mengeluarkan asap akibat tahap kebakaran yang sangat dahsyat. Beberapa khemah hangus dijilat api, memerangkap beberapa keluarga di dalamnya tanpa sebarang peluang untuk menyelamatkan diri.

Sisa-sisa mayat yang ditemui kebanyakannya tidak dapat dikenalpasti kerana terlalu rentung. Petugas perubatan menggambarkan keadaan mengerikan itu dengan berkata, ‘mayat yang rentung masih mengeluarkan asap’ sewaktu tiba di hospital. Antara mangsa yang dikenal pasti ialah seorang pemuda berusia 24 tahun, manakala selebihnya masih belum dapat dikenalpasti kerana tahap kecederaan yang amat parah.Setakat ini seramai 10 orang syahud termasuk kanak-kanak dan wanita.

Sumber: Quds News Network, Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
April 17, 2025