Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kira-kira 2,000 tahanan Palestin telah dibebaskan daripada penjara Israel sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza, beberapa jam selepas HAMAS membebaskan 20 tahanan Israel pada Isnin.

Pada pagi Isnin, HAMAS telah membebaskan 20 tahanan Israel yang masih hidup. Sebagai pertukaran, 1,968 tahanan Palestin telah dibebaskan oleh pihak Israel.

Daripada jumlah itu, 1,700 merupakan warga Palestin dari Gaza, manakala 250 lagi adalah tahanan yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atau tempoh yang panjang.

Menurut laporan, 154 tahanan akan diusir ke luar negara, 100 dihantar ke Tebing Barat yang diduduki dan 15 lagi dibebaskan di Baitul Maqdis Timur.

Orang ramai berpusu-pusu membanjiri Ramallah bagi menyambut kepulangan para tahanan yang dibebaskan dari Penjara Ofer, disambut dengan sorakan, tangisan kegembiraan dan pelukan penuh emosi daripada keluarga masing-masing.

Beberapa tahanan yang dibebaskan menunjukkan tanda-tanda penyeksaan dan kebuluran, jauh berbeza dengan keadaan tahanan Israel yang dibebaskan dari Gaza, yang dilaporkan berada dalam keadaan baik dan mampu berjalan tanpa bantuan perubatan.

Salah seorang bekas tahanan, Samer Halabia, berkata:

“Keadaan di penjara Israel sangat teruk. Kami semua kehilangan berat badan.”

Kesemua 1,700 rakyat Gaza yang diculik sejak Oktober 2023 turut selamat tiba di Gaza selepas dibebaskan.

Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
October 14, 2025