Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Menjelang penggal baharu di Amerika Syarikat (AS), Presiden terpilih, Donald Trump memberi amaran kepada HAMAS untuk menjadikan 'neraka' di Timur Tengah sekiranya tawanan Israel di Gaza tidak dibebaskan sebelum pentadbirannya bermula.

Trump yang akan mula mentadbir AS pada 20 Januari 2025 juga menegaskan bahawa situasi akan memburuk di pihak HAMAS.

"Ia tidak akan menyebelahi HAMAS. Sejujurnya, ia tidak menguntungkan sesiapa pun."

Trump juga mengkritik serangan 7 Oktober 2023 dan tindakan HAMAS menjadikan beberapa orang Israel sebagai tawanan di Gaza.

“Mereka tidak sepatutnya dijadikan tawanan. Serangan 7 Oktober tidak sepatutnya terjadi.”⁠

Pengarah Kementerian Luar Israel, Eden Bar Tal menyifatkan HAMAS sebagai halangan kepada pembebasan tawanan.

Bagaimanapun, giliran Israel untuk membuat keputusan untuk terima atau tidak cadangan yang diusulkan HAMAS.

Pada Isnin, HAMAS memberi jaminan untuk membebaskan seramai 34 orang tawanan Israel dengan syarat tentera Israel perlu tamatkan peperangan dan berundur dari Gaza.

Setakat hari ini, dianggarkan lebih 100 tawanan Israel masih di bawah pemerhatian HAMAS di Gaza.⁠

Kenyataan pegawai kanan HAMAS, Osama Hamdan yang menekankan syarat HAMAS sambil mengkritik ugutan Trump.

"Saya berpendapat, Presiden AS sepatutnya membuat kenyataan yang lebih berdisiplin dan secara diplomatik."

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menyatakan harapannya terhadap pentadbiran AS untuk memuktamadkan perjanjian gencatan senjata sebelum penggal Presiden Joe Biden berakhir.

⁠Sumber: Al Jazeera, Reuters

Written by
Admin
Published on
January 8, 2025