Sebuah gerakan warga haram Israel, Temple Mount Activists telah memuatnaik sebuah video menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang menunjukkan Masjid al-Aqsa di timur Baitul Maqdis terbakar sehingga musnah.
Keterangan yang disertakan bersama video tersebut berbunyi, 'Harinya hampir tiba'.
Berdasarkan kepercayaan dalam agama mereka, golongan berhaluan kanan dalam kalangan warga haram Israel sudah lama berhasrat untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa dan membina 'Kuil Ketiga'.
Walaupun ini hanyalah sebuah video yang dicipta oleh AI dan tidak menggambarkan realiti sebenar, namun cukup membuktikan bahawa warga haram Israel sedang menuju ke arah kehancuran Masjid al-Aqsa yang merupakan antara tiga tempat yang paling suci dalam Islam.
Video tersebut mendapat kecaman yang hebat di platform media sosial kerana bersifat provokasi dan mencetuskan kontroversi yang berbahaya.
Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin memberi amaran mengenai peningkatan hasutan terhadap Masjid al-Aqsa selepas penyebaran video berkenaan.
Sumber: Shehab Agency, Middle East Monitor, Al Mayadeen English
Video: Eye On Palestine