Latest News

More updates on Instagram: cintagazamalaysia

Tindakan Universiti Malaya (UM) menjemput seorang profesor pro-Zionis dari Amerika Syarikat (AS) telah menerima kecaman ramai selepas ucapan beliau menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai penyebar kebencian terhadap bangsa Yahudi.

Bruce Gilley, profesor sains politik yang pernah menimbulkan kontroversi kerana mendokong tindakan kuasa Barat menjajah negara lain mengaggap ahli politik Malaysia mahukan "Holocaust kedua" atau pembunuhan beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi.

Gilley turut menyerang bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad melalui sebuah kenyatan di laman media sosial X: "Ini sikap buruk lama di kalangan ahli politik Malaysia yang mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi. Kini, penyampai berita TV menamatkan siaran harian dengan ungkapan 'Dari Sungai ke Segara' dan 'Israel cuak'."

Tinjauan di akaun X Gilley mendapati dia telah memadam semua hantaran berkaitan ucapan mahupun kenyataan berbaur propaganda Israel yang diucapkan di Kuala Lumpur.

Gilley sempat memuat naik satu hantaran bahawa dia telah selamat berlepas dari Malaysia dan menggelar Malaysia sebagai sebuah negara Islamo-fasis pagi tadi.

"Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, selangkah ke hadapan daripada gerombolan Islamo-fasis yang 'dibentuk' kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang. Ikuti saya untuk tahu info selanjutnya."

Menteri Pendidikan Tinggi, Dr. Zambry Abd Kadir memuat naik satu kenyataan malam tadi bahawa, "KPT memandang serius isu berlaku di UM dan telah mengarahkan laporan segera dikemukakan. Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia."

Sumber: Malaysia Now, Awani, X Zambry Official dan X Bruce D Gilley

Written by
Admin
Published on
April 25, 2024