Kerajaan sementara Bangladesh telah mengembalikan semula frasa "kecuali Israel" pada pasport negara itu, yang secara efektif melarang rakyatnya daripada melakukan perjalanan ke Israel. Langkah ini diumumkan pada Ahad, 13 April 2025.
Menurut pekeliling baharu yang diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri, frasa "Pasport ini sah untuk semua negara di dunia kecuali Israel" kini dikuatkuasakan semula.
Media tempatan melaporkan bahawa keputusan ini diambil susulan demonstrasi besar-besaran bertemakan "Bebaskan Palestin" yang berlangsung di ibu negara, Dhaka beberapa hari lalu. Demonstrasi itu disertai puluhan ribu rakyat Bangladesh bagi mengecam pembantaian yang dilakukan oleh Israel di semenanjung Gaza.
Terdahulu, frasa "kecuali Israel" telah dibuang daripada pasport Bangladesh pada Mei 2021 semasa pemerintahan Sheikh Hasina Wazed (2009–2024). Namun, selepas penyingkirannya pada Ogos 2024, pentadbiran sementara yang diketuai oleh penerima Hadiah Nobel, Muhammad Yunusm mengambil alih dan memutuskan untuk melaksanakan semula larangan perjalanan ke Israel.
Sumber: Anadolu Agency, The Times of India