Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Amerika Syarikat (AS) telah 'menaja' senjata kepada Israel dengan nilainya hampir $18 bilion sejak permulaan genosid di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Universiti Brown, sokongan meluas ini merangkumi pelbagai jenis senjata, amunisi dan sistem pertahanan yang diperoleh melalui simpanan AS.

Salah satu peruntukan terbesar untuk senjata berjumlah $14.1 bilion telah diluluskan oleh Kongres dan ditandatangani oleh Presiden Joe Biden pada April 2024. Pakej ini termasuk $4 bilion untuk tujuan menambah sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome dan David's Sling. Manakala $1.2 bilion diperuntukkan untuk pembangunan sistem pertahanan Iron Beam dan $3.5 bilion untuk sistem senjata canggih.

AS juga telah meluluskan penjualan senjata bernilai berbilion dolar bagi memastikan kerjasama ketenteraan pada masa hadapan. Pada Ogos 2024, pentadbiran Biden mengumumkan perjanjian senjata bernilai $20.3 bilion dengan Israel, termasuk 50 buah jet pejuang Boeing F-15 dan beribu-ribu butir peluru berpandu.

Senjata ini akan dihantar antara 2026 sehingga 2029 untuk memampankan ketahanan tentera Israel pada tahun-tahun akan datang.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 9, 2024