Latest News

More updates on Instagram: cintagazamalaysia

AS MULA GOYAH, TIDAK YAKIN DENGAN IRON DOME ISRAEL

Tiga pegawai rasmi Amerika Syarikat (AS) tidak senang duduk, meragui kebolehan sistem pertahanan Israel - Iron Dome - jika Hizbullah melancarkan serangan berskala besar.

"Kami menjangkakan Iron Dome akan gagal berfungsi kerana kekurangan bateri," jelas salah seorang daripada pegawai tersebut.

Kebimbangan itu semakin memuncak apabila pihak ketenteraan Israel memaklumkan akan mula memindahkan kelengkapan perang dari selatan Gaza ke utara wilayah haram Israel sebagai persediaan serangan dari Lubnan.

Difahamkan sistem Iron Dome akan tercabar dengan senjata yang digunakan Hizbullah seperti peluru berpandu berskala tepat. Sebelum ini, pada awal Jun, pasukan penentang Lubnan itu telah membuktikan kemampuan mereka merosakkan bateri Iron Dome di pangkalan tentera di utara Israel.

Hizbullah juga telah memprovok rejim Zionis melalui sebuah video berdurasi 9 minit yang merakamkan pangkalan ketenteraan Israel menggunakan dron. Kehadiran dron Hizbullah di ruang udara Israel langsung tidak dapat dikenalpasti rejim Zionis pada ketika itu.

Sementara itu, timbul ketegangan di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan pentadbiran Joe Biden selepas pemerintah negara haram itu menyelar AS kerana menyekat pemindahan senjata perang ke Israel.

"Sekarang adalah tempoh kritikal. Penting untuk kita pastikan objektif perang ini dicapai dengan mengalahkan Hamas dan menghalang perang di Lubnan," Netanyahu melalui Punchbowl News.

Perdana Menteri Israel itu jelas terdesak mahu dapatkan bekalan senjata perang apabila dia memuatnaik satu ciapan di X: "Saya bersedia untuk tanggung sebarang serangan peribadi jika itu membenarkan Israel mendapatkan senjata dan peluru demi pertahanan."

Kegoyahan pihak AS dan keresahan Israel bermula apabila ketegangan di sempadan Israel-Lubnan semakin keruh dengan serangan Hizbullah yang bertalu-talu mencetuskan kebakaran di kawasan hutan utara Gaza pada awal Jun; pembunuhan komander tertinggi Hizbullah, Taleb Abdallah pada 11 Jun dalam serangan rejim Zionis terhadap perkampungan Jouya di selatan Lubnan; dan yang terkini, ugutan Hizbullah ke atas pentadbiran Cyprus sekiranya didapati menyumbang keperluan perang kepada Israel.

Sumber: AlJazeera, CNN, IranNews, Haaretz

Written by
Admin
Published on
June 22, 2024