Latest News

More updates on Instagram: cintagazamalaysia

Akhbar al-Araby al-Jadeed mendedahkan Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan operasi ketenteraan Israel di Rafah sebagai ganti serangan balas terhadap Iran.

Pada awal pagi Ahad, 14 April 2024 Iran telah melancarkan serangan balas ke atas Israel selepas kematian 7 orang anggota Tentera Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam sebuah insiden yang berlaku di pejabat konsulat Iran di Damsyik, Iran. Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 April 2024 tetapi tidak mendapat perhatian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selari dengan khabar ini, Israel juga mengesahkan telah membeli kira-kira 40,000 buah khemah untuk digunakan penduduk Gaza yang mendapatkan perlindungan di Rafah. Pada masa yang sama, Israel juga dilaporkan mula menambah senjata dan trak tentera sebagai persediaan serangan baharu di Rafah.

Berdasarkan laporan terdahulu, sepatutnya serangan di Rafah diawalkan dengan pengedaran risalah di beberapa bahagian bandar Rafah pada Isnin. Tetapi serangan daripada IRGC menyebabkan rancangan Israel tertangguh.

Sehingga kini Israel enggan memberi sebarang komen berkaitan ketetapan masa serangan di Rafah.

Sumber: Haaretz, The Guardian, CNN

Written by
Admin
Published on
April 18, 2024