All Articles

Yahya Sinwar, Bayangan Umar Al-Khattab Abad-21

Written by
Sabrina Suhaimi
Published on
October 24, 2024

  • Nama penuh: Yahya Ibrahim Hassan Al-Sinwar
  • Tempat kelahiran: Kem pelarian Khan Younis, selatan Gaza
  • Tarikh kelahiran: 1962
  • Keluarganya berasal daripada Bandar al-Majdal di timur laut Gaza (kini merupakan sebahagian Ashkelon, selatan Israel).
  • Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin ketika usia yang muda dan sedang belajar di Universiti Islam Gaza di dalam ijazah sarjana muda Bahasa Arab.
  • 1982 - Yahya Sinwar ditahan rejim Israel buat kali pertama dan dibebaskan beberapa hari kemudian. 
  • 1985-86 - Terlibat dalam penubuhan semula pasukan keselamatan untuk Ikhwanul Muslimin yang dicetuskan oleh Sheikh Ahmad Yassin, dikenali sebagai Al-Majd.
  • 1988 - Ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 426 tahun.
    • Sepanjang tempoh penahanannya, beberapa kali beliau dipindahkan dari penjara ke penjara yang lain - Majdal, Hadarim, Sabaa dan Nafha.
    • Beliau juga mengetuai Majlis Pimpinan Tertinggi HAMAS dari dalam penjara.
  • 2011 - Yahya Sinwar dibebaskan bersama 1,000 orang tahanan yang lain melalui perjanjian Wafa Al-Ahrar atau Perjanjian Shalit.
    • Ketika beliau dibebaskan, soalan pertama yang diajukan kepada barisan anggota HAMAS: “Kenapa kamu belum membebaskan Palestin?”
  • 2012 - Terpilih sebagai ahli pejabat politik HAMAS. 
  • 2015 - Memegang tanggungjawab untuk menguruskan seksyen tahanan Israel di HAMAS.
    • Pada tahun yang sama, Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Yahya Sinwar sebagai pengganas antarabangsa; Israel menyenaraikan beliau sebagai sasaran utama dalam serangan di Gaza.
  • 2017 - Dipilih sebagai Ketua Biro Politik HAMAS di Gaza.
  • 2021 - Sekali lagi terpilih sebagai Ketua Biro Politik HAMAS di Gaza.
  • 2024 - Memegang jawatan sebagai Ketua Gerakan HAMAS selepas kesyahidan Ismail Haniyeh pada 31 Julai 2024.
    • Yahya Sinwar ketika ini berusia 61 tahun.