Tafsir Surah Al-Isra’ Dan Kemenangan Palestin: Ibrah Dan Tadabbur Semasa
Perjuangandan kesengsaraan rakyat Palestin telah berlangsung selama berabad-abad. Peperangan yang sedang berlaku di Gaza pada hari ini merupakan salah satu peperangan terburuk yang dihadapi rakyat Palestin. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Zionis laknatullah ke atas warga Palestin tidak dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat di seluruh pelosok dunia. Hal ini kerana, kekejaman yang dilakukan oleh Zionis laknatullah sangat jelas melanggar hakasasi manusia.
Natijahnya, demonstrasi besar-besaran telah diadakan di seluruh negara Islam bahkan negara-negara barat seperti London, Paris, Sweden dan lain-lain. Sehingga saat ini, 17 September 2024 mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 41,252 syuhadadan 95,497 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
Persoalannya, bilakah peperangan di Palestin ini akan selesai? Adakah mungkin suatu hari nanti kemenangan akan berpihak kepada mereka? Ketahuilah bahawa kemenangan bumi Palestin sudah lama dijanjikan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Isra’, ayat 4-5:
وَقَضَيْنَآ اِىلٰ بَنِْٓ اِسْرَۤاءِيْلَ فِِ الْكِىتبِ لَتُ فْسِدُنَّ فِِ الَْْرْضِمَرَّتَ يِْْ وَلَتَ عْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيْ رًا
Dan Kami tetapkan terhadap BaniIsrail dalam Kitab itu, “Kamu pasti akan berbuat kerusakan di bumi ini dua kalidan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.”
فَاِذَاجَاۤءَ وَعْدُ اُوْىلىهُمَا ب عََثْ نَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَآ اُولِِْبََْسٍ شَدِيْدٍ فَجَاسُوْا خِىللَ الدِّيََ رِ وَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُوْلًْ
Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari kedua(kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalu mereka maharajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.
Pada ayat ini, Allah SWT menyatakan dengan jelas bahawa kaum Bani Israel akan membuat kerosakan di atas muka bumi ini sebanyak dua kali. Kerosakan yang dilakukanoleh mereka diiringi dengan kesombongan yang besar. Lalu Allah SWT menurunkan suatu kaum untuk menghancurkan mereka.
Para mufassir berbeza pendapat dalam menafsirkan ayat ini. Pendapat yang pertama dinyatakan oleh beberapa ulama seperti al-Imam al-Thobari, Dr. Wahbahal-Zuhaili, Syikh al-Tantawi, Imam Fakhruddin al-Razi, al-Maraghi dan lain-lain. Mereka bersepakat menyatakan bahawa dua kerosakan yang dinyatakan dalam ayat ini telah pun berlaku. Syikh al-Tantawi menyatakan bahawa kerosakan yang dilakukan oleh Bani Israel ini berbentuk penyelewengan terhadap kitab Taurat sekaligus hukum-hukum yang terkandung di dalamnya begitu juga pembunuhanpara nabi dan orang-orang soleh. Lalu Allah SWT menurunkan hamba hambanya yang lain untuk menghancurkan kaum Bani Israel. Para mufassir ini juga memiliki berbagai perbezaan pendapat tentang siapakah yang menghancurkan kaum Bani Israel pada ayat ini.
Pendapat yang kedua dinyatakan oleh Syikh Abdul Muiz Abdul Sattar, Syikh Abdul Karimal-Khatib, Syikh Mutawali Sya’rawi, Prof Mustafa Muslim dan lain-lain. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Isra’, ayat 7:
اِنْاَحْسَنْ تُمْ اَحْسَنْ تُمْ لَِْنْ فُسِكُمْ وَاِنْ اَسَأْتُُْ فَ لَهَ ا فَاِذَاجَاۤءَ وَعْدُ ا ىْ لْخِرَةِ لِيَسۤ وُْا وُجُوْهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَكَمَادَخَلُوْه اَوَّلَ مَرَّة وَّلِيُ تَ بُِّّوْا مَا عَلَوْا تَ تْبِيْ رًا
Jika kamu berbuat baik (berarti)kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka(kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. Apabila datang saat hukuman(kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmulalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjidil Aqsa), sebagaimana ketika merekamemasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa saja yang mereka kuasai.
Berdasarkanayat di atas, Allah SWT menjelaskan bahawa apabila terjadinya kerosakan keduayang dilakukan oleh Bani Israel, Allah SWT akan mendatangkan musuh-musuh dan memuramkan wajah mereka. Lalu musuh-musuh mereka memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama.
Mufassir di atas berpandangan bahawa kerosakan kedua Bani Israel seperti yang dinyatakan dalam surah al-Isra’ ayat 7 ini sedang berlaku pada zaman kita. Menariknya, kenyataan ini secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa kemenangan Islam di bumi Palestin akan tiba bahkan hal ini dianggap sebagai janji Allah SWT yang pasti akan berlaku. Bagaimanapun masing-masing mufassir mempunyai hujah yang tersendiri bagi membuktikan pernyataan ini.
Maka kemenangan bumi Palestin yang dijanjikan oleh Allah SWT ini memberikan pengajaran yang penting kepada umat Islam. Rakyat Palestin telah menunjukkan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran yang sangat berat selama 76 tahun. Hal ini mengajar umat Islam untuk tidak berputus asa dalam menghadapi kesulitan dan konflik. Seterusnya, kemenangan yang bakal berlaku akan menunjukkan betapa pentingnya kesatuan seluruh umat manusia tidak mengira agama dan bangsa dalam menghadapi musuh pelampau. Solidariti yang ditunjukkan oleh dunia dalam mempertahankan bumi Palestin membuktikan pentingnya nilai kemanusiaan. Akhir sekali, apabila seluruh umat Islam bersatu mendoakan kemenangan Palestin dan berserah diri kepada-Nya dengan ikhlas, seperti yang terjadi dalam perjuangan pembebasan bumi Palestin saat ini, mereka telah menunjukkan kekuatan spiritual yang besar. Hal ini mengingatkan umat Islam akan kekuatan doa dan keimanan yang dapat mengubah takdir.
Semoga pengajaran-pengajaran ini dapat memberi umat Islam inspirasi dan motivasi untuk terus berjuang dalam mencapai keadilan, perdamaian, dan kemakmuran bagi semua umat manusia.
From the river to the sea, Palestine will be free!