All Articles

Kepelbagaian -sid Yang Berlaku di Gaza

Written by
Muhammad Syahmi Afiq bin Mohd Shukari
Published on
September 25, 2024

Selama ini kita ingat, Gaza hanya mengalami isu genosid. Rupanya, ada banyak lagi 'sid' yang dialami oleh Gaza sepanjang perang kali ini. 

Genosid - pembasmian kaum, terma yang paling kerap digunakan apabila menggambarkan situasi Palestin setelah dijajah oleh Israel sejak 76 tahun yang lalu. 

Urbicide - memusnahkan sistem bandar. Sejak 7 Oktober 2023 sehingga 31 Mei 2024, Israel telah memusnahkan 55% bangunan di Gaza; dilaporkan oleh UN Satellite Centre (UNOSAT). 

Domicide - kesan daripada Urbicide, pemusnahan ruang kediaman yang disengajakan dan dijalankan secara sistematik. Tindakan ini dijalankan untuk memastikan tiada lagi kestabilan bukan sahaja secara fizikal tapi juga emosi. Kerana itu antara binaan yang paling tinggi jumlah yang dihancurkan ialah kediaman. 

Politicide - tindakan penghapusan musuh yang dijalankan melalui jalan politik. Digunakan juga untuk merujuk kepada pembunuhan pemimpin politik yang pada akhirnya membawa kepada menghancurkan struktur kepimpinan yang menyokong entiti politik tersebut terus wujud. Kerana itu apabila Israel gagal menyerang pemimpin HAMAS di dalam Gaza, mereka menyerang pemimpin di luar Gaza; sebagai contoh serangan ke atas Shaykh Saleh al-Arouri di Beirut, awal tahun ini. 

Ecocide -  terma yang digunakan oleh seorang ilmuan bidang Biologi, Walter W Galston; merujuk kepada tindakan pemusnahan alam sekitar oleh penjajah. Gaza kini tidak ubah seperti padang jarak padang tekukur. 

Educide and scholasticide - pemusnahan ekosistem pendidikan secara tersusun. 90% sekolah di Gaza telah pun dimusnahkan. 12 universiti dan institusi pendidikan tinggi di Gaza juga telah pun musnah, ribuan pelajar dan tenaga pengajar telah pun terbunuh. 

Culturcide - pemusnahan budaya, terutamanya budaya unik yang mewajahkan sesuatu bangsa. Dalam hal ini, sepanjang perang kali ini Israel telah pun memusnahkan sebanyak 200 tapak sejarah di Gaza. tapak arkeologi, masjid yang menempatkan manuskrip nadir, gereja yang wujud sejak zaman Byzantium, dan pelbagai lagi tapak sejarah yang wujud di Gaza.

Belajar sesuatu hari ini?