Kenyataan Rasmi HAMAS Mengenai Perlantikan Yahya Sinwar Sebagai Ketua Baharu HAMAS
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
YAHYA SINWAR, KETUA BAHARU HAMAS
Setelah perbincangan dan musyawarah yang mendalam dan meluas di kalangan organisasi kepimpinan gerakan, Gerakan Pejuang Islam (HAMAS) memutuskan untuk memilih saudara Yahya Sinwar sebagai Ketua Biro Politik HAMAS menggantikan as-syahid Ismail Haniyeh.
HAMAS dengan penuh yakin terhadap saudara Abu Ibrahim (Yahya Sinwar) sebagai pemimpin di dalam fasa yang genting ini, serta situasi tempatan, serantau, dan antarabangsa yang kompleks. Kami mohon kepada Allah SWT agar memberkati dan memandu langkahnya serta menganugerahkan kemenangan yang nyata kepada rakyat dan perjuangan kita.
Pada detik bersejarah ini, kami mengenang as-syahid Ismail Haniyeh yang telah memberikan contoh kepimpinan yang berani, bijaksana, dan terbuka. Kami yakin bahawa Abu Ibrahim dan saudara-saudaranya dalam kepimpinan pergerakan akan meneruskan perjuangannya dan kepimpinan sebelumnya, serta mempertahankan warisan perjuangan sehingga pembebasan dan kepulangan.
Rahmat Allah kepada para syuhada yang mulia, kesembuhan segera kepada mereka yang cedera dan terjejas serta pembebasan yang dekat kepada para tahanan kita yang gagah berani.
Kemenangan buat rakyat kita yang hebat dan perjuangan yang berani.
Dan sesungguhnya ia adalah jihad, kemenangan atau syahid
Gerakan Pejuang Islam (HAMAS)
Selasa: 02 Safar 1446H
Bersamaan: 06 Ogos 2024