All Articles

Kenapa Zionis Memilih 'Israel' Sebagai Nama Negara Mereka?

8 min read
Written by
Haikal Zulkefli
Published on
February 7, 2023

Persoalan yang selalu bermain di fikiran kita, bagaimana Yahudi Zionis boleh terfikir untuk meletakkan nama negara yang mereka asaskan sebagai Israel? Jika kita menyoroti sejarah para Nabi, Israel ini adalah gelaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Ya'qub seperti yang disebut dalam Al-Quran,

“Semua makanan adalah halal bagi Bani Israel melainkan makanan yang diharamkan oleh Israel (Ya'qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah: "(Jika kamu mengatakan ada makanan yang diharamkan sebelum turun Taurat), maka bawalah Taurat itu, lalu bacalah dia jika kamu orang-orang yang benar."

(Surah Ali-Imraan: 93)

Maka, di sinilah polemik telah terjadi sama ada Israel yang wujud sekarang berbeza dengan Israel yang dinisbahkan kepada Nabi Ya’qub. Jadi, di dalam artikel ini kita akan jelaskan sebaik mungkin berkenaan terma Israel ini.

------------------------------------------------------

Pada 14 Mei 1948, David Ben-Gurion telah mengumumkan bahawa sebuah negara telah wujud ketika Ben-Gurion memberikan ucapan sebuah muzium lama di Tel Aviv yang sekarang digelar sebagai Independence Hall. Antara yang menjadi klimaks dalam ucapannya adalah ketika sampai pada pernyataan ini; 

“We hereby declare the establishment of a Jewish state in Eretz-Israel, to be known as the State of Israel.” 

Sebenarnya, sehingga ke detik pengumuman yang dibuat oleh David Ben-Gurion di atas, hanya sebahagian kecil dalam kalangan mereka yang tahu bahawa nama negara yang diasaskan itu adalah Israel. Di dalam beberapa draf deklarasi yang telah dibuat, bahagian nama itu masih dikosongkan. Apabila para diplomat dari Jewish Agency di Washington datang untuk memuktamadkan janji awal Amerika Syarikat terhadap pengiktirafan mereka kepada Israel, mereka pun masih dalam kebingungan dan tidak mampu menjelaskan dengan baik kepada Amerika Syarikat berkenaan nama tersebut. 

Dalam satu kenyatan yang disebut oleh Clark Clifford yang merupakan penasihat undang-undang kepada Harry Truman, beliau mengatakan bahawa;

 “The name ‘Israel’ was as yet unknown, and most of us assumed the new nation would be called ‘Judaea.’”

Sepucuk surat yang telah disediakan oleh Clifford kepada Harry Truman pada 14 Mei yang berkaitan dengan pengiktirafan kepada sebuah ‘negara’ yang ingin ditubuhkan Yahudi, telah ditulis begini:

 “The United States recognizes the provisional government as the de facto authority of the new Jewish state. Some hand crossed out “Jewish state” and wrote in its place “State of Israel”.”

Jadi, bagaimana nama ‘Israel’ ini ditentukan sebagai sebuah nama negara? Nama ini telah ditentukan melalui undian mereka yang berada di dalam pentadbiran Amerika Syarikat dan juga ahli kabinet yang bakal dilantik pada 12 Mei 1948. Maklumat yang lebih terperinci berkaitan perbincangan tersebut tidak diberikan, namun ia merakamkan sedikit ucapan Ben-Gurion;

“We have decided that the name of the state will be Israel. And if we say state, then the State of Israel…. To this can be added every word in the grammatical construct state: army of Israel, community of Israel, people of Israel.”

Selepas itu, Ben-Gurion telah mengadakan undian. Menurut protokol, tujuh undi telah menyokong manakala yang menolak dan berkecuali tidak direkodkan . Di dalam buku yang ditulis oleh Zeev Sharef yang bertajuk Three Days pada 1962, Sharef selaku setiausaha kabinet telah menulis bahawa keputusan telah diambil tanpa membuka kepada cadangan yang lain. 

Pada 1949, Sharef telah diwawancara oleh seorang wartawan yang bernama Moshe Brilliant pada ulang tahun pertama penubuhan Israel. Sharef telah memberitahu Brilliant;

“Most people had thought that the state would be called Judea (Yehuda in Hebrew). But Judea is the historical name of the area around Jerusalem, which at that time seemed the area least likely to become part of the state. Also, it applied only to a very small territory. So Judea was ruled out.”

Sharef juga mengatakan kepada Brilliant;

“Zion was also suggested, but Zion is the name of a hill overlooking the Old City of Jerusalem.”

Jadi, di sini telah menjadi satu masalah apabila melibatkan geografi yang sebenar. Bagaimana sebuah negara boleh dipanggil sebagai Zion, sedangkan geografi Zion itu sendiri tidak melibatkan keseluruhan wilayah yang mereka mahu?

Malah, kitab Bible juga merujuk kepada Jerusalem dan kadangkala kepada keseluruhan tanah Israel. Inilah yang telah diambil oleh kelompok pencinta Zion pada kurun ke-19 dan diteruskan oleh gerakan Zionis. Perkataan ‘Zion’ juga tidak sesuai kerana ia akan menimbulkan persoalan, apa gelaran yang akan disebut kepada rakyat Zion? Jika mereka digelar sebagai Zionis, itu akan menyebabkan kekeliruan antara Zionis yang tinggal di Amerika Syarikat dan yang tinggal di negara Yahudi. Dan semestinya orang Arab tidak akan menggelarkan diri mereka sebagai Zionis. 

Seterusnya Sharef menjawab kepada Brilliant;

“One man proposed “Ever”—the root of “Ivri,” which means Hebrew. No one liked it.”

Idea-idea yang dicadangkan untuk menamakan negara yang bakal mereka dirikan kebanyakannya ditolak dan ada juga yang tidak dibincangkan terus. Maka, nama yang terakhir yang mungkin dicadangkan adalah Eretz Israel, di mana ia merujuk kepada Palestin di dalam kitab mereka. 

Selain daripada sejarah yang disebut di dalam kitab, ketika Palestin berada di bawah Mandat British, ia adalah nama rasmi yang merujuk kepada orang Yahudi yang menetap di Palestin. Nama itu ialah Palestina-Aleph-Yud, untuk Eretz Yisrael. Orang Yahudi di Palestin juga menggelarkan diri mereka Eretz Yisraelim. 

Antara hujah yang paling kukuh untuk mempertahakan nama Judea adalah Yitzhak Gruenbaum, pemimpin Yahudi berbangsa Poland yang sekular, merangkap pengerusi Jewish Agency Rescue Committee ketika Holocaust dan kemudian menjadi Menteri Dalam Negeri Israel yang pertama. 

Gruenbaum telah berhujah berkenaan Judea dan menolak Israel, dan beberapa tahun kemudian dia mengulas rasional dia menolak penggunaan nama Israel;

“I opposed the name Israel. It reminded me of the name israélite [in French] used by non-Jewish sympathisers and assimilationists, instead of juif, which was considered derogatory. We Zionists embraced the derogatory “Jew,” which was the name of our people from the return from [Babylonian] exile and building of the Second Temple. The independent The Hasmonean state, also after the Roman conquest, had this name. I favored the revival of this name, which the masses of the [Jewish] people accepted in their spoken languages. Another name was liable divide the state from the Diaspora.”

Bagi Gruenbaum, nama Judea itu sendiri membawa kelebihan untuk membentuk kesinambungan kepada kedaulatan Yahudi ketika mana mereka di bawah pemerintahan Dinasti Hasmonean dan ia menghubungkan sejarah Yahudi sejak 2000 tahun yang lalu.

Gruenbaum merasakan bahawa faktor sebenar yang menyebabkan Ben-Gurion  lebih memilih nama ‘Israel’ berbanding nama ‘Judea’ untuk menghilangkan warisan penerus yang dimiliki oleh orang Yahudi. Sungguh, ini memberikan satu tanda bahawa orang Yahudi yang ada sekarang tidak mahu mengiktiraf diri mereka mempunyai kaitan dengan Bani Israel. 

The Washington Post juga pernah menulis di laman akhbar mereka bahawa Israel tidak mewakili orang Yahudi. Kemudian Ben-Gurion membalas;

“The Washington Post writer is perhaps unaware that on May 14, 1948, we proclaimed the establishment of a Jewish state, in accordance with the decisions of the United Nations (which were backed by the United States as well as other countries), and Israel is only the name of the Jewish state.”