All Articles

Israel Main Tarik Tali, Masa Depan Gaza Jadi Teka-Teki

8 min read
Written by
Sabrina Suhaimi
Published on
February 8, 2024

Benar. 

Masa depan Gaza menjadi teka-teki apabila Israel menolak cadangan pelan gencatan senjata selama 135 hari secara berfasa yang dikemukakan oleh pihak mujahidin, HAMAS.

Agaknya, apa yang sedang bermain di dalam fikiran pihak berkuasa Israel sedangkan ini jugalah yang mereka harapkan pada 23 Januari 2024. 

Sedikit ringkasan cadangan gencatan senjata daripada pihak Israel sebelum HAMAS membalasnya pada minggu ini:

ISRAEL 23 Januari – 7 Februari 2024 HAMAS
Gencatan senjata selama dua bulan. Gencatan senjata dilaksanakan secara tiga fasa dan setiap fasa adalah selama 45 hari.
Pertukaran tahanan secara berfasa yang melibatkan pembebasan 136 tahanan Israel di Gaza. Setiap fasa perlu diselesaikan sebelum fasa seterusnya bermula.
Jaminan pembebasan sejumlah tahanan Palestin dari penjara Israel. Fasa Pertama -
  • HAMAS akan membebaskan kesemua tahanan wanita Israel, termasuk tahanan remaja lelaki yang berusia bawah 19 tahun dan bukan terlibat dengan latihan ketenteraan Israel, warga emas dan tahanan yang sakit.
  • ISRAEL:
    • Perlu bebaskan 1,500 tahanan Palestin (golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas).
    • Sekurang-kurangnya 500 bantuan kemanusiaan dan trak bahan api dibenarkan masuk ke Gaza setiap hari.
    • Sediakan 60,000 rumah sementara dan 200,000 khemah untuk penduduk Palestin.
    • Benarkan penduduk Gaza untuk pulang ke rumah masing-masing.
    • Pastikan pembukaan kesemua laluan dan sempadan masuk Semenanjung Gaza dan beri kebenaran untuk penduduk Palestin bebas keluar masuk wilayah itu bagi mendapatkan rawatan.
Tentera Israel akan berundur dari beberapa kawasan Gaza dan penduduk Palestin dibenarkan pulang ke bahagian utara Gaza. Fasa Kedua -
  • HAMAS akan membebaskan tahanan lelaki Israel yang berbaki.
  • Perbincangan untuk gencatan senjata sepenuhnya dan jaminan keamanan perlu dipersetujui sebelum fasa seterusnya bermula.
  • ISRAEL:
    • Pastikan semua tentera berundur dari kesemua kawasan Semenanjung Gaza.
    • Pastikan bantuan kemanusiaan masuk ke wilayah itu dengan lancar.
    • Penubuhan semula infrastruktu yang rosak perlu bermula.
Cadangan untuk pimpinan HAMAS meninggalkan Semenanjung Gaza sebagai usaha untuk melanjutkan lagi gencatan senjata. Fasa Ketiga -
  • HAMAS dan ISRAEL akan memulangkan kesemua jenazah selepas proses kenalpasti selesai.
  • Bantuan kemanusiaan yang ditetapkan dalam fasa sebelum ini perlu diteruskan.
Penubuhan semula kediaman dan fasiliti awam, termasuk infrastruktur lain perlu disempurnakan dalam tempoh tiga tahun.
Hentikan serangan atau pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa.
Qatar, Mesir, Amerika Syarikat (AS), Turkiye dan Rusia perlu memainkan peranan sebagai penjamin dalam memastikan setiap terma dilaksanakan.
HAMAS tidak akan berkompromi dengan cadangan ini.

Jika dilihat kepada permintaan HAMAS, sebenarnya ia boleh dianggap sebagai satu penambahbaikan yang bersifat lebih realistik dan berasas kepada cadangan Israel yang dihantar pada dua minggu yang lalu. Manakan tidak, permintaan HAMAS setara atau lebih tepat begitu sederhana jika hendak dibandingkan dengan kekejaman Israel sejak 7 Oktober 2023.

Pada masa yang sama, cadangan HAMAS kepada Israel akan membuka lebih banyak ruang perbincangan dan rundingan. Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman juga positif dengan idea HAMAS sehingga berharap Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken dapat mencapai persetujuan diantara AS dan Israel. Difahamkan wakil AS itu sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak Israel berkaitan gencatan senjata tersebut.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Presiden AS menyifatkan HAMAS terlalu berlebihan dalam negosiasi ini. Lebih menggusarkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak terus cadangan HAMAS dan menganggap pihak pejuang Palestin itu terlalu bermimpi tinggi mahu Israel menerima idea tersebut. Netanyahu menegaskan respons HAMAS akan dibalas dengan kemusnahan gerakan Islam itu, “The day after is the day after HAMAS. All of HAMAS.” 

Ini juga bermakna, serangan di Semenanjung Gaza akan berterusan sehingga Israel percaya mereka sudah mencapai objektif mereka iaitu melumpuhkan bukan sahaja kuasa HAMAS, tetapi juga Hizbullah, Houthi dan kumpulan pejuang yang lain. Lihatlah keadaan sekarang di Rafah, selatan Gaza. Jika dulu Israel mendakwa kawasan itu sebagai kawasan yang selamat, tetapi kini ia menjadi tempat yang mengancam nyawa 1.1 juta penduduk Palestin yang sedang berlindung di sana!

Dan jika kita lihat semula tahun-tahun sebelumnya, ini bukan kali pertama atau kali kedua Israel menolak idea pendamaian daripada HAMAS. Sejarah merekodkan cadangan HAMAS untuk berdamai bermula seawal 1988, ketika Intifada Pertama. Ketika itu HAMAS memberi kata dua kepada Israel, jika mereka mahukan keamanan, maka mereka perlu berundur dari kawasan terjajah – Tebing Barat, Semenanjung Gaza; membebaskan tahanan Palestin, mengekalkan hak-hak orang Palestin dan benarkan orang Palestin untuk menamakan kerajaan. Bagaikan mencurah air ke daun keladi, Israel terus menjahanamkan Palestin dan penduduknya. 

Apa yang berlaku pada hari ini dan sejarahnya cukup membuktikan Israel bukan sahaja akan bermain tarik tali sehingga satu jaminan yang memuaskan hati mereka. Pada masa yang sama juga ia membuktikan mereka akan memilih perang serta berhelah jika itu sahaja cara untuk memastikan HAMAS dan seluruh penduduk Arab di Tebing Barat dan Gaza keluar dari Palestin. 

Jadi, apakah nasib Gaza selepas ini? Semoga akan ada pihak yang dapat menyokong dan mengutamakan cadangan gencatan senjata daripada HAMAS, sekaligus dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa dan mengekalkan Palestin sebagai hak orang Palestin.