All Articles

Impak Pembunuhan Ismail Haniyyah Terhadap Proses Gencatan Senjata

Written by
Sabrina Suhaimi
Published on
August 5, 2024

Haniyyah dianggap sebagai antara tokoh utama dalam rundingan gencatan senjata yang diuruskan oleh Qatar, AS dan Mesir. 

Rundingan tersebut kini berhadapan dengan masa depan yang kelam dengan pembunuhan Haniyyah, walaupun kedengaran terdapat tanda yang menunjukkan rundingan hampir dapat mencapai kata sepakat. 

Pembunuhan ini dianggap sebagai tindakan yang meranapkan proses menuju ke arah kedamaian dan persetujuan. 

Berdasarkan ulasan Perdana Menteri Qatar di aplikasi X, "Bagaimana rundingan akan berjaya jika satu pihak membunuh perunding daripada pihak yang lagi satu?" 

Apa yang boleh dijangkakan dalam masa terdekat? 

Penganalisis politik mula memerhatikan berkenaan pengganti Haniyyah yang akan memimpin gerakan HAMAS. 

Sosok yang bakal mengganti ini bukan hanya perlu membawa beban yang besar, tetapi ia juga kemungkinan besar perlu membuat keputusan berkenaan hala tuju gerakan dalam Tufan al-Aqsa. 

Sama ada meneruskan jalan ketenteraan seperti yang berlaku sekarang, atau memilih untuk menawarkan pendekatan politik; sesuatu yang kelihatan bukan sebagai pilihan utama. 

Tambahan lagi, serangan yang berlaku di Tehran ini kemungkinan akan membawa kepada peningkatan serangan bukan sahaja di dalam Palestin, tetapi juga melibatkan negara-negara lain, termasuklah Iran dan Lubnan. 

Usaha menuju ke arah gencatan senjata makin malap, kemungkinan untuk perang di rantau tersebut terus meningkat, semuanya demi memenuhi hasrat Netanyahu dalam memanjangkan hayat politiknya yang bakal mengheret Amerika Syarikat dan sekutunya ke arah lembah kebinasaan.