All Articles

Hampir 41,000 Kesyahidan di Gaza Tapi di Malaysia

Written by
Sabrina Suhaimi
Published on
September 2, 2024

Ketika anda membaca artikel ini, angka kesyahidan di Gaza sejak serangan Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 40,738.

Berikut adalah pecahannya:

  1. 16,673 orang yang syahid adalah kanak-kanak.
  2. 11,269 orang yang lain adalah wanita.
  3. Selebihnya adalah golongan lelaki dan warga emas, termasuk staf kesihatan, wartawan, staf PBB, pegawai pertahanan awam, dan golongan pendidik.

Bagaimana angka kesyahidan yang menghampiri jumlah 41,000 itu dilihat di Malaysia?

  1. 41,000 orang mampu memenuhi 2/4 Stadium Shah Alam yang kapasitinya boleh menampung 80,371 pengunjung pada satu masa. 
  2. Sebanyak 9 buah Masjid Putra di Putrajaya diperlukan untuk memuatkan 41,000 orang.
  3. 41,000 orang yang sedang beratur, panjangnya boleh sejauh 27 kilometer.
    • Jika menunggang motosikal, 27 kilometer menyamai jarak dari Bangi ke Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, Malaysia.
  4. 41,000 orang yang saling memegang tangan dan membuat bulatan, keluasannya mencecah 57.4 kilometer, sama keluasan yang merangkumi Putrajaya sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu 56.1 kilometer.
    • Sekiranya seseorang itu berjalan kaki untuk jarak 56.1 kilometer, dia akan memperuntukkan masa selama 13 jam 30 minit; dan 1 jam 5 minit sekiranya memandu kereta.
  5. Angka kesyahidan kanak-kanak di Gaza - 16,673 orang - merangkumi 41% daripada jumlah keseluruhan yang syahid.
    • 16,673 orang kanak-kanak yang syahid sepatutnya memenuhi 556 kelas dan 9 buah sekolah.
    • Angka itu juga boleh memenuhi sebanyak 417 buah bas sekolah yang boleh menampung 40 pelajar dalam satu masa.
    • Sekiranya mereka dilahirkan untuk menjadi pemain bola sepak, sebanyak 1,043 pasukan boleh dibentuk mewakili Palestin di dalam mana-mana acara.
  6. Manakala wanita yang syahid di Gaza - 11,269 orang - boleh memenuhi 93% kapasiti penginapan di Universiti Malaya.some text
    • Sekiranya wanita yang syahid ini diterbangkan ke mana-mana tempat di dunia, sebanyak 63 buah Boeing 737 diperlukan untuk membawa mereka.
    • 11,269 wanita yang syahid boleh menjadi pendidik untuk 225 buah sekolah jika purata guru untuk sesebuah sekolah seramai 50 orang.

Sekiranya mereka terlibat di dalam sektor pertanian, sebanyak 11,269 tan hasil tani boleh dikeluarkan.