All Articles

Ada Apa Dengan 15 November?

8 min read
Written by
Sabrina Suhaimi
Published on
November 17, 2023

Sebagai tanda solidariti untuk Palestin pada 15 November 2023, seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia diseru untuk memakai pakaian yang bertemakan warna hijau. 

Tapi ada apa dengan tarikh 15 November dan kaitannya dengan Palestin?

Jom baca perincian fakta ini!

15 November 2023 menandakan hari ulangtahun kemerdekaan wilayah Palestin yang ke-35!

Eh, ye ke ni?

  • Sebenarnya Palestin telah wujud sebelum kedatangan British lagi. Buktinya, negara ini pernah diperintah oleh kuasa Islam bermula dengan pembebasan pertama pada zaman Khulafa ar-Rasyidin sehinggalah pembebasan kedua pada tahun 1187 oleh Salahuddin al-Ayyubi.
  • Disebabkan kelemahan pemerintahan Khilafah Uthmaniyah di Palestin, negara itu jatuh ke tangan British pada akhir Perang Dunia Pertama. 
  • Kebetulan pada 1917, British telah mengemukakan Deklarasi Balfour yang menyokong penubuhan Israel sebagai negara untuk bangsa Yahudi di Palestin. 
  • Sejak daripada itu, berlakulah perpindahan bangsa Yahudi dari seluruh negara dan kebanyakannya dari Eropah.
  • Di sinilah juga bermulanya pertembungan tuntutan hak di antara penduduk asal Palestin dengan pendatang haram Yahudi.
  • Keadaan tersebut menyebabkan PBB mengusulkan pelan pembahagian Palestin melalui Resolusi 181 untuk bangsa Yahudi dan penduduk Palestin pada 1947. Pelan itulah yang menjadi asas kepada wilayah haram Israel dan wilayah Palestin bermula 1948 sehingga ke hari ini.
  • Apabila tamatnya Mandat British di Palestin pada 1948, rejim Israel membantai teruk penduduk Palestin dan peristiwa ini digelar an-Nakba. Mereka membunuh 15,000 penduduk Palestin dan 700,000 yang lain telah dihalau keluar dari kampung mereka untuk memastikan hak bangsa Yahudi terjaga.
  • Satu hal lagi perlu diketahui, walaupun Resolusi 181 diaplikasikan secara rasmi pada 1948, Palestine Liberation Organization (PLO) tidak diberi kuasa untuk memerintah wilayah Palestin.
  • Jadi, di manakah kemerdekaan Palestin berdasarkan tarikh 15 November? 
  • Berlandaskan kepada Resolusi 181 dan Resolusi 242 yang diusulkan pada 1967 yang menghadkan rejim Israel ke wilayah Palestin; bersama-sama kebangkitan penduduk Palestin dalam mempertahankan wilayah mereka melalui intifada, Perhimpunan Agung PBB (UNGA) akhirnya mengiktiraf 15 November 1988 sebagai Hari Penubuhan Palestin.
  • Peristiwa itu diumumkan sendiri oleh Yasser Arafat, pengerusi PLO pada tarikh 15 November 1988.
  • Penubuhan Palestin secara sah menurut undang-undang antarabangsa menerima sokongan dari 104 negara, 44 negara berkecuali dan dua negara iaitu wilayah haram Israel dan AS menentang.

Tetapi adakah kemerdekaan itu benar-benar merdekakan seluruh penduduk Palestin?

Sudah tentulah tidak. Sejak 1917 sehingga ke hari ini terlalu banyak hak-hak orang Palestin dieksploitasi oleh bangsa Yahudi. Maka, teruskanlah perjuangan mempertahankan bumi Palestin sebagaimana inilah simbol kemenangan Islam!

Therefore, we call upon our great people to rally to the banner of Palestine, to cherish and defend it, so that it may forever be the symbol of our freedom and dignity in that homeland, which is a homeland for the free, now and always. - Mahmoud Darwish, penyair Palestin